Falling star

Mentari Jingga

mentari itu indah


Percaya x dia buat Bibs Bibibs x keruan........ Biar dari jauh Dia tetap beri IMPAK BESAR pada diri n emosi Bibs Bibibs.........



Friday, 11 November 2011

H.A.T.I

I have no idea why suddenly today i was called to view my blog and write something in it.. It has been ages I haven't write anything in here..=) Actually I just feel like feeling less...How's that???rasa seperti tidak berperasaan...huhuu...Hurmm....sounds like i'm having a burden...yeaahh...might be..
I got a story to be shared...huhuhu....
kelmarin yg lalu bibs bibibs view Fbook O.R.A.N.G nie....so sad....lose..

Pesan pada DIRI.. Jangan tersalah memberi HATI pd insan yang tak sudi..
Pd insan yang tak mengerti.. Krn,sekali kau memberi,selamanya dia dHATI.. Krna sekali kau dlukai,sampai bila2 tetap kau ingati..Pesan lagi pd diri,
hati2lah dlm memberi HATI sebab ia hanya untuk INSAN yang tahu
menghargai.......
Fav Quotations yg Orang tue post....apa yg pasti lepas aku baca hati Bibs Bibibs LOSER........
Jika menyayangi orang tue adalah satu kesalahan biarlah....Bibs Bibibs doakan dia happy..

                                             DEMIKIANLAH C.I.N.T.A
Jika kita mencintai seseorang
jangan tunggu esok hari untuk mengatakannya
kerana esok hari itu mungkin takkan pernah ada…
Seandainya cinta itu ada, hadirlah dengan kenyataan
jangan berkias dengan kata-kata, tunjukkan dengan perbuatan dan luahkan dengan ucapan..
Kerana…
Cinta itu satu seksaan jika tiada kepastian, jiwa pasti gelisah dalam meniti sebuah kepastian
gelisah memikirkan sama ada cinta yang dihulur berbalas atau hanya bertepuk sebelah tangan
apa jua keputusan yang bakal diterima
tabahlah selalu kerana tidak semua impian dan kehendak kita menjadi milik kita…
Ingatlah…
Jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan permintaan
namun ia hadir kerana ketentuan-Nya
jika ia sebuah cinta maka ia tidak hadir dengan kemewahan dan kebendaan
namun ia hadir kerana pengorbanan dan kesetiaan
Cinta itu adalah sebuah janji
cinta adalah sebuah cenderahati
sekali diberi tidak akan di lupakan
jangan biarkan ia hilang..
Dan..
Janganlah pernah membicarakan perasaan yang tidak pernah ada..
jangan pernah menyentuh hidup seseorang kalau hal itu akan menghancurkan hatinya.
jangan pernah menatap matanya kalau semua yang kau lakukan hanya
berbohong…
Cinta itu tidak pernah meminta kerana ianya selalu memberi
kadang-kadang kita dengan angkuhnya mengatakan yang kita tidak akan jatuh cinta
sedangkan pada hakikatnya hati kita telah dicuri
kita tidak menyedari tatkala ia berada di sisi
tetapi setelah ia terbang jauh barulah hati akan terasa gelora cinta yang membara…
Cinta itu tak akan datang kalau tak dicari
cinta juga tak akan dapat kalau tiada siapa yang memberi
tapi mencari biarlah pada yang sudi
bukan meminta pada yang simpati…
Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri
dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan
jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia…
Kerana cinta yang terbaik adalah cinta yang tidak bersyarat..
kita mencintai dan di cintai lengkap dengan kekurangan dan kelemahan tertentu.
cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan
tidak pula berkurang kerana kesalahan.
Jika kita menyayangi seseorang lepaskanlah dia
dan jika dia kembali dia adalah milik kita
jika tidak, dia bukan lah milik kita sejak dari mula lagi…
Sememangnya yang paling menyedihkan dalam hidup adalah bertemu dengan seseorang dan jatuh cinta,
dan ianya untuk menemukan bahawa dia bukan untuk kita dan kita sudah menghabiskan banyak waktu
untuk dia yang tidak pernah menghargainya.
Namun,
jangan kerana cinta kita gugur.
jangan kerana cinta, prinsip akan menjadi larut cair.
cinta tak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan
perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik kepada percintaan..
Bahkan jika dizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat
Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi
di syurgawi Ilahi-tempat pertama melahirkan cinta
kesetiaanlah yang mengikat cinta.
kecurangan akan meranapkan cinta.
Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus di kekalkan.
Cinta pertama adalah kenangan,
cinta kedua itu menjadi pengajaran,
dan cinta yang seterusnya adalah satu keperluan
kerana hidup tanpa cinta bagaikan masakan tanpa asam dan garam
lantaran itu bajailah cinta yang di anugerahkan itu sebaik-baiknya
agar ia terus mekar dan wangi sepanjang musim.
Cinta perempuan itu diibaratkan seperti layang-layang, bila dikejar ia lari, bila ditunggu ia menanti
Manakala cinta lelaki pula adalah seperti cermin, walaupun ia tidak berbohong, namun sukar untuk dipercayai
Seandainya kita diciptakan untuk menjadi satu, pasti suatu ketika kita akan bertemu
Seandainya kita diciptakan untuk tidak bersatu, walau dekat selalu kau takkan jadi milikku…
Andainya dikau jodohku yang tertulis di luh mahfuz..
Allah pasti akan mencampakkan rasa kasih sayang dalam hatiku,
jua hatimu…
Cinta itu selalu berbicara dengan bahasanya
bahasa yang kadang begitu sulit untuk diterjemahkan manusia dan begitu sulit untuk difahami….
Demikianlah…
Dari cinta-Nya kita berasal
Dan atas nama cinta, Dia menciptakan kita
Kerana cinta, kita datang dari-Nya
Dan demi cinta juga kita kembali kepada-Nya…

No comments:

Post a Comment